Kemenangan demi kemenangan dalam Pusingan 1 MSS baru-baru ini telah berjaya meletakkan nama Pasukan Lumba PROTON R3 di kedudukan teratas dalam Kejohanan ‘Touring Car’ Malaysia Kelas 2 bagi pengeluaran kereta melebihi 1600 cc.

R3, iaitu bahagian Proton Motorsports juga telah menjadi satu kuasa yang berperanan sebagai pemangkin dalam membangunkan serta mengembangkan seluruh potensi Satria Neo, bukan sahaja di litar malahan juga dari segi prestasinya di jalan raya.

Proton Satria Neo hebat beraksi di Litar  Antarabangsa Sepang

Pelumba-pelumba muda Syafiq Ali dan James Veerappan yang telah mempamerkan aksi hebat dalam Satria Neo sepanjang hujung minggu itu telah memberikan saingan yang luar biasa kepada pelumba-pelumba pasukan lain di  MSS 2012.

Pusingan 1 MSS dijalankan sebagai perlumbaan sokongan sempena Kejohanan F1 Grand Prix Petronas Malaysia yang berlangsung pada tarikh yang sama.

Perlumbaan berlangsung di hadapan kira-kira 10,000 penonton yang menghadiri  F1 Grand Prix pada hujung minggu selama 3 hari di Litar Antarabangsa Sepang, Syafiq Ali dan James Veerappan masing-masing mendominasi perlumbaan ini.

Pemandu PROTON R3 -James Veerappan (kiri) & Syafiq Ali (kanan)

PROTON R3 pantas di hadapan

Perlumbaan pertama (9 pusingan) yang berlangsung sebagai pembuka tirai perlumbaan telah menobatkan Syafiq Ali sebagai juara dalam kategori ini, mendahului pelumba Sutan Muzaffar di tempat ke-2 dan Ahmad Faizry di tempat ke-3. Syafiq juga telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 secara keseluruhan.

Syafiq Ali – Juara perlumbaan pertama (9 pusingan)

Pada hari berikutnya,  Veerappan beroleh kejayaan dalam perlumbaan kedua (9 pusingan) yang bermula pada petak ke -4 di grid permulaan . Beliau telah mencatatkan masa terpantas iaitu 36 saat jauh di hadapan, sekaligus menjadi juara bagi kategori ini. Pelumba Abu Bakar Fitri dari Pasukan Tedco Racing menakluki tempat ke-2, manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Kok Pak Chiang yang hanya ketinggalan 2 saat dibelakang.

James Veerappan – Juara perlumbaan kedua (9 pusingan)

Pada tahun 2011, PROTON R3 bukan sahaja juara keseluruhan bagi kategori Kelas 2 dalam Kejohanan ‘Touring Car’ 2011, tetapi juga memperolehi tempat kedua.

Johan – Pasukan PROTON R3

Berbeza daripada musim lepas, Kejohanan ‘Touring Car’ Malaysia 2012 akan menggunakan format baru, di  mana 1 jam perlumbaan termasuk  1 ‘pit stop’ yang diwajibkan serta 2 pemandu bagi setiap kereta yang bersaing.

Advertisements

About Proton Motorsports

PROTON Motorsports is dedicated to bring together motorsports enthusiasts to experience PROTON's journey around the toughest motorsports events around the world.

Posted on March 27, 2012, in MSS. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: